Sunday, 27 April 2014

kek kukus coklat

aa. ari tu ade cite skit sal kek yang aku wat... yang ni aku nak bagi resepi kek coklat dulu. kek ni special skit sebb, ni kek yang pertama aku wat. pas tu jadi plak.. sebb kek ni la aku jd bersemangat nk wat kek-kek lain... tapi sori la, lupe nk amik gmbar.. cer try..

Bahan untuk kek coklat.

Bahan A
· 1 cawan serbuk koko
· 1 cawan gula pasir 
· 1 cawan susu cair 
· 1 cawan minyak masak 
· 1/2 cawan susu pekat 
Bahan B 
· 11/2 cawan tepung gandum 
· 1 sudu teh bikarbonat 
· 1 sudu teh baking powder 
· 1 sudu teh esen vanilla 
· 3 biji telur (suhu bilik) 


Cara-cara 
1. Masak Bahan A dalam periuk sampai sebati. Api kecil. Sejukkan. 
2. Pukul telur sampai betul2 kembang . kemudian masukkan bahagian A. 
3. Masuk esen vanilla. Pukul sampai sebati. 
4. Masuk bahagian B sedikit demi sedikit. (seelok2nya tepung, bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu). kacau sebati selama 5 minit ++ 
5. Masukkan adunan dalam loyang .tutup kukusan tu plak kena la dibungkus ngan kain supaya air kat tutup tu x turun pd kek. (nanti kek x cantik)
6. kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu..). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa 
7. angkat n  tunggu sejuk baru boleh potong

No comments:

Post a Comment